Okey, lets talk about MacBook Pro.. rasa macam nak beli MacBook Pro ni sbb wife suka..tp hrganya haha..boleh tahan..MacBook Pro with Retina Display ada beberapa jenis..yg aku nak pick up ni yg jenis 13-inch: 2.7GHz. Harganya RM4,499.00 . wow..mahal giler beb...koyak poket dibuatnya...but its okey...kumpul la duit dr skrang..ckit2 lama2 jd bukit x gitu..jom kita tgk kelebihan Macbook nih..:-
1. Prosessor Laju
Macbook Pro yang aku pilih ni, 2.7GHz dual-core Intel Core i5 . Bagi mereka yang suka edit video Macbook Pro memang pilihan tepat.
2. Memory (RAM)
Memory (RAM) yang ditawarkan adalah 8GB 1866MHz LPDDR3. Besar tu bro..klau mo main game xde hal punyelah.
3. Storage
128GB PCIe-based flash storage. Agak kecil dari yang ditawarkan oleh laptop jenis lain. Okey la tu, lgpun ada Cloud storage kan. Buat apa nak besar2. Nak letak video? Video apa tu..hehe...jangan fikir yang bukan2..video family la of course..
4. Screen Macam Smartphone
Screen Macbook Pro memang kelihatan solid seperti smartphone. Ini mudah dicuci sebab debu tidak boleh masuk ke dalam dari celah screen. Labtop biasa memang mudah dimasuki habuk sebab di bahagian bawah screen masih mempunyai ruang. Kalau tak percaya bila anda jalan-jalan nanti cuba bandingkan screen Macbook Pro dengan laptop lain memang jauh bezanya.
5. Bateri Tahan Lama
Dari aspek bateri jangka hayatnya lebih lama, iaitu selama 10 jam. Anda boleh 100% confident kerana Mac baterinya adalah built-in, maknanya ketahanan bateri lebih tahan lama berbanding laptop-laptop biasa yang boleh pasang dan bukak bateri. Oleh itu sekarang laptop Vaio dah perkenalkan bateri built-in pada laptop untuk memastikan ianya tahan lama.
6. Design
Design Macbook Pro memang membuatkan sesiapa sahaja cair melihatnya. Kalau ada sesiapa yang cuba mempertikaikannya mungkin sekadar menjaga hati diri sebab dana belum cukup lagi hehe..
7.First Time On
Apabila first time anda on Macbook Pro, berikut adalah perkara-perkara hebat yang anda alami. Anda tekan on je, keyboard dia dilengkapi dengan lampu yang membolehkan korang buat kerja waktu malam jadi takdalah nak menggangu roomate anda yang tengah tidur (bagi yang masih stduy). Apa yang menarik ialah backlight keyboard dia akan automatic on bila malam & off bila siang hehe.
Apatah lagi kalau anda buta keyboard jadi anda tak payah nak hafal susunan keyboard tu. Bila imbas kembali time saya menggunakan Windows 7 mengambil masa sehingga 15 saat untuk startup namun 3 saat sahaja diperlukan untuk startup nya hehe..
8. Charger Yang Cool
Kita juga pasti terpesona dengan charger Macbook Pro yang memang cool. Bila anda plug pertama kali, anda akan berasa terkejut sebab port dia tu dah siap dengan magnet (tiada lubang bulat seperti kebiasaannya). Tak payah korang nak cucuk-cucuk macam laptop biasa. Hanya dekatkan sahaja charger tu dia akan terus melekat..pehhhh kata korang dalam hati hehe.
9. Software/ Apps
Software sama ada games, converter, player dan macam lagi biasanya di Window kita perlu menunggu lama untuk install hingga sampai 1 jam pun ada kalau program yang filenya besar. Namun perkara itu tidak berlaku di Mac, kalau file tu dah ada atau sudah siap didownload anda cuma perlu drag & drob je Tadaaaa.. siap hehe.. Terus boleh main or run program.
10. DVD Drive
DVD Drive Macbook Pro memang style giler sebab kalau tengok dari luar memang tak nampak seperti ada tempat memasukan DVD. Tempat memasukan DVD nya adalah di sebelah kan. Cucuk je CD anda dia akan auto tarik.
**Okey tak ulasan aku.? walaupun ada copy paste ckit dari website lain tp okey la kan untuk permulaan berbloging..aku simpan ni dalam hati mo bli ni...mudah2an ada rezeki lebih Allah bagi insya-Allah...^_^